blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Thursday, July 23, 2009

Anwar: S'jaya diraja mesti siasat punca kematian Teoh - mkini




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya bidang tugas suruhanjaya diraja turut meliputi punca kematian Teoh Beng Hock.

Mengulas perkara itu dalam blognya, Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah tunduk kepada desakan rakyat yang mahukan keadilan bagi Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

anwar ibrahim 02 060207Teoh ditemui mati beberapa jam selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu berhubung dakwaan salahguna peruntukan bagi DUN di Selangor.

Menurut Anwar, melihat kepada bidang tugas suruhanjaya diraja itu, seperti yang diputuskan oleh kabinet semalam, ia hanya untuk menyiasat taktik yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya punca kematian Teoh.

Penubuhan suruhanjaya diraja itu, katanya, tidak akan dapat membendungkan penghakisan keyakinan rakyat terhadap pihak penguatkuasa dan institusi keadilan atau persoalan yang menyelubungi kematian Teoh.

Anwar berkata, beliau berpandangan bahawa bidang tugas suruhanjaya diraja itu seharusnya menumpukan kepada punca kematian Teoh.

Pada umumnya, kata beliau, rakyat, termasuk Majlis Peguam, telah mempersoalkan prosedur siasatan SPRM kerana gariaspanduan itu nampaknya tidak diperdulikan.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger

Ruang iklan untuk disewa RM10/bln

Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by RAKYAT MEDIA CLUB | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks