blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, July 28, 2009

Antara sial dan tuah 13

oleh : M Jusoff Taib



Apapun pandangan pihak pembangkang, langkah politik 100 hari Najib Razak sebagai PM memberikan cuaca cerah yang memberangsangkan. Demekianlah gambaran yang diberikan sempena kenduri 100 hari PM. Jika selanjutnya, mengilaukan lagi segala retorik beliau atas tema kerakyatan dan pemenuhan tanggungjawab kerajaan ke hati nurani rakyat, mungkin Najib akan berupaya menjana nasib Umno menjelang "Sial 13".


Mungkin dalam jangka masa 3 thn beliau akan berjaya menyamak bersih politik Umno yang berkarat dgn budaya "politik kepentingan diri" dan "kesombongan elitis", yang ditempelak oleh orang yang membencinya sebagai "negara dah jadi bapak dia punya". Maka dengan itu, tidak mustahil Najib berjasa besar pada partinya.


Seperti dikritik tun M dalam barisan kepimpinan Najib masih ada tokoh rasuah. Tentunya tokoh yang dinyatakan Tun M itu, tak mungkin disapu bersih dalam 100 hari. Tokoh2 rasuah itu sendiri muncul atau tumbuh di zaman Tun M sendiri.


Umpama kata pepatah politik, jangan menyapu sampah dalam keadaan angin tak menentu. Anda hanya melakukan kerja orang gila. Tetapi jika yang rasuah dicampak keluar, lalu diganti dgn "pak pacak lurus bendul", maka Najib akan jadi "pak Pandir politik moden" pula.


Dalam 100 hari itu, nampaknya akhbar arus perdana dpt menyenarai dgn selesa apa yg telah dirancang Najib. Namun, natijahnya ialah apakah senarai kejayaan Najib itu akan menjelma secara berkesan menepati sasaran. Apa yang menjadi malang kpd Umno ialah retorik pembangunan yg tidak meringankan kepedihan Melayu selama ini. dan dlm kepedihan Melayu itu, subur pula kepedihan bukan Melayu. barangkali masalah inilah yg menimbulkan ilham slogan 1malaysia.


Sementara retorik Umno membasmi kemiskinan Melayu dan menaiktarafkan Melayu, ramai orang Melayu merasakan dicekik oleh politik pembangunan Umno yg sarat dgn budaya "peragut kepentingan melalui pembangunan". Ditambah pula psikologi politik DEB 30% utk Melayu yg mencipta minda Melayu kelas ketiga dlm agenda politik ketuanan melayu, yang hanya melahir pendaman sikap kejiwaan "Melayu tidak boleh" dalam retorik "Melayu boleh". Dan dalam diuar-uarkan Melayu lemah, Umno dengan jenama BNnya, sentiasa mengeluarkan kenyataan peruntukan pembangunan di mana2 dalam keadaan memerlukan undi Melayu.


Misalnya cuba kita renung terhadap kenyataan hamburan pembangunan kpd negeri Kelantan oleh Mustapa Mohamad sempena pilihanraya Manek Urai. katanya BN telah membelanjakan 24 juta untuk Pengkalan Pasir ekoran kemenangan BN 2005. Ini barangkali sebagai penegasan bahawa Umno sentiasa menunaikan janji pembangunannya, jika sekira menang pilihanraya dan rakyat mengundinya. Namun harga 24 juta modal pembangunan memenuhi janji itu, gagal mempertahankan Umno kekal di Pengkalan Pasir pada 2008. tentunya pembangunan itu tidak meresapkan pengaruh Umno dalam jiwa rakyat.



Dan kini di Manek Urai, Muhyiddin menjanjikan Manik Urai akan diubah menjelma sebagai kota agropolitan. "BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang saja BN, kita akan terus memulakan kerja2 pembinaan baru ini", demikian janji beliau tentang pembangunan Manek Urai. Sememntara itu Muhyiddin juga mengumumkan bahawa kerajaan BN telah membelanjakan 125.9 juta menaiktaraf pendidikan di Kuala Krai. Memang segi angka dan jumlah perbelanjaan, bagaikan butiran emas jatuh dari lidah pemimpin Umno.


Namun pembangunan oleh kuasa Umno tercicir dalam perjalanan dari pusat ke pelusuk kampung. Sementara Melayu bandar tidak sejahtera, Melayu kampung papa di tengah riuh rendah pembangunan dgn bajet besar. Jadi sekelian orang Melayu, terutamanya kalangan generasi muda, mereka melihat penderitaan ibubapa mereka penyokong setia Umno. Kemudian melihat diri sendiri yang tak seberapa nasib sendiri.


Dalam ucapan 100 harinya, Najib menggariskan NKRA atau bidang2 keberhasilan utama nasional yg meliputi 6 lapangan: 1. mencegah jenayah 2. memerangi rasuah 3. meluaskan akses kpd pendidikan berkualiti dan berkemampuan 4. meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah 5. memperkasakan prasarana luar bandar dan pendalaman 6. menambah baik pengankutan awam sebagai jangka masa sederhana. Semua garis perancangan itu, jika dilaksanakan tanpa munculnya unsur "peragut keuntungan" melalui pembangunan, dan menjelmakan nikmat perancangan dan perlaksanaan itu kepada serata rakyat, maka retorik kerakyatan kepimpinan Najib akan membawa "tuah 13".


"Sial 13" akan dialami Umno di negeri majoriti Melayu jika peruntukan pembangunan itu lebih menampakkan tersasar "dari pusat ke lorong parti" yang menjadi aset keuntungan peribadi tokoh2 politik. Itu sudah tentu dicop oleh rakyat sebagai "penyelewengan pusat". Dan malangnya pembangunan Melayu di di negeri pembangkang seumpama Kelantan, bukan saja tidak dirasai rakyat, bahkan menyebabkan Umno menggalas biawak hidup dengan politik cah keting.


Umno selepas 100 hari, elok segera menghapuskan imej Umno yang "mempermainkan negara". Dan mencorakkan politiknya yang menjadi "khadam rakyat dan negara". Dan itulah tugas yang mesti digalas sebuah parti atau barisan yang menguasai negara.


Ia bukan satu keharusan, tetapi kewajipan. Ia bukan kewajaran, tetapi keterpaksaan. Ia bukan satu permainan wayang, tapi untuk sekelian merasakan kesungguhan.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger

Ruang iklan untuk disewa RM10/bln

Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by RAKYAT MEDIA CLUB | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks